Wednesday 26 February 2014

Air Selusuh,Kismis,minyak tanak

Alhamdulillah..semasa balik kampung baru ni,Lala sempt mintak air selusuh dari Ustaz..semoga Allah mempermudahkan kelahiran nanti..amin..Lala mintak dalam 2 botol je..InsyaAllah..cukupla sampai bersalin nanti..yang ni info tentang air selusuh..



"Mengikut sumber-sumber yang dipercayai, air selusuh atau juga dipanggil minyak selusuh ini dibuat daripada air kosong. Ramai yang mengatakan, kegunaan air selusuh ini ialah untuk memudahkan ibu-ibu bersalin.

Tidak diketahui samada air selusuh ini membawa lebih banyak kebaikan atau keburukan. Ada pengamal perubatang mengatakan rahim yang mengecut secara cepat dari kebiasaannya. Ini akan menyebabkan ibu mengandung akan dibedah dengan kaedah cesarean.

Ibu perlu mengetahui cara minum air selusuh dengan betul. Berdasarkan kisah orang lain, air selusuh hanya boleh di minum ketika sakit hendak bersalin. Selalunya, setelah bukaan pintu rahim mencapai 5cm."


Selain dari mintak air selusuh, Lala juga ade mintak minyak tanak yang akan digunakan semasa sakit ketika nak melahirkan nanti..kire kne sapu2 kt perut masa sakit tu..selain itu, kismis yang dibaca dengan ayat al-quran elok juga diamalkan..Lala juga ade mintak air untuk Uri..maknenya air tu dah dibaca dengan ayat alQuran untuk uri.Harap Uri  berada ditempat yang betul sepanjang tempoh kehamilan sampai melahirkan nanti...xtaula ape beza air selusuh dengan air yang untuk Uri..hehe






dan semua ini adalah ikhtiar...dengan izin Allah..klu berkesan..Alhamdulillah..kita hanya berusaha..Allah yang akan menentukan segalanya..semoga dipermudahkan Allah nanti..Amin...

No comments:

Post a Comment