Monday 15 October 2018

BERJAYA KE TEMUDUGA KETIGA (3) PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU -THROWBACK

Assalamualaikum, berdasarkan entri lala yang lepas di
http://disasucorner.blogspot.com/2018/10/temuduga-pegawai-tadbir-negeri-n41.html 
selepas setahun lala menghadiri temuduga panggilan kedua bg jawatan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu PTN 41, lala mendapat email yang mengatakan lala lulus temuduga yang telah di jalankan pada tahun 2012..Mak aiiii, setahun lebih dh berlalu, baru diberitahu mengenai keputusan tersebut.memang ingat xkan dapat la.tuppp...tuppp..dapat untuk panggilan interview ke tiga, di mana temuduga antara kita dan pegawai atasan.

Dapat result tu pada tahun 2013, di mana lala baru sahaja bernikah. Excited kot tgk list nama yang berjaya ke interview terakhir, iaitu seramai 30 org sahaja yang di berjaya ke peringkat ke-3. Alhamdulillah..TAPI.....ade tapi..dan unfortunately, masa tu,lala sedang menyambung pelajaran di peringkat Master, dan suami pula bekerja di Kuala Lumpur. Masa interview dulu, single mingle, tapi selepas dpt result iv tu, dh berkahwin. Of course la lala nk pergi iv tu..ingt senang ke bila kte dh capai ke tahap tu kan...TAPI, banyak hati yang perlu di jaga..

Selepas fikir masak-masak, dan walaupun berat hati nak lepaskan peluang yang ada di depan mata, lala buat keputusan untuk TIDAK menghadiri temuduga tersebut. ini kerana lala telah menetap di Kuala Lumpur dan dalam proses membina keluarga di sana. Pada masa itu, terfikir, mungkin Allah dh buat jalan hidup macamni. xpela, mungkin peluang yang lain akan kunjung tiba..

So, xdapatla lala nk share ngn korang, pengalaman temuduga saringan ketiga sebagai Pegawai Tadbir N41 negeri Terengganu. Well, its okay, because, lala berjaya dpt ijazah master yg di kejar-kejar dahulu..hihihi..Something better will come out soon, insyaAllah..


TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR NEGERI N41 NEGERI TERENGGANU- PANGGILAN KEDUA

Assalamualaikum..lamenye x bersiaran di blog lala ni sejak beranak 2 ni..

Untuk entry kali ni, lala nk throwback..masa ni tahun 2012 ye.. Terpanggil untuk tulis blog ni sebab ada orang dekat kampung lala tanya pengalaman yang pernah di lalui semasa berjaya temuduga Pegawai Tadbir N41 negeri Terengganu @ di panggil PTN, pada masa itu.

Selepas lala berjaya saringan ujian bertulis untuk jawatan Pegawai Tadbir negeri Terengganu,alhamdulillah Lala di pangggil untuk ke Temuduga ke 2 di sebuah hotel di Kuala Terengganu, seriously lala mmg lupa name hotel tu..maklumlah urat dah putus 2..haha..tp yang pasti dekat dengan Pantai Batu Burok..hihi..namenye pun throwback tahun 2012, mustahil la akan ingt 100 peratus. tapi xpe, lala akan cuba share ngn korang sebanyak mana yanng ingat ye...

Pada masa itu, kami di arah untuk mendaftar di hotel tersebut pada pukul 8 pagi..kena bawak pakaian sekali tau..sb perlu bermalam dekat sana selama 2 hari 1 malam..xpayah bayar satu sen ye..semuanya di bayar dan makan ,minum di tanggung.. Selepas mendaftar, kami di beri no. masing2..nombor tersebut akan di pakai sampai la habis program temuduga yang berlangsung selama 2 hari tu. so, first task selepas di bahagi nombor masing, macam biasa la, benda wajib dengar taklimat.lepas tu, kita di bawa ke bilik berasingan mengikut kumpulan.campur lelaki dan perempuan ye. Dalam task pertama tu, lala dan rakan-rakan yang lain di beri satu isu untuk di selesaikan. dan hendaklah berlakon konon2 kte pegang jawatan dalam kabinetla..ade menteri sukan, ada setiausaha, ade ketua jabatan, ada setiausaha..berlakon la konon2nye kan..so masa tu..pleaseeeee...korang cakapla..jangan malu2 buat hensem atau ayu ye..klu boleh, gunalah bahasa malaysia, xpayah nk ckp terangnu sangat..tahula awak tu piorrrrr terangnu...hipokrit sket untuk temuduga ni ye..TIPS dari lala.

Ok, then, settle, pada sesi ptg tu, kteorang kne prepare untuk untuk berlari..Ya ALLAH, sesungguhnya part yang lala paling suka..kahkahkah..lame giler x marathon..last mase skolah menengah ye..excited mak nk berlari mase tu..sila bawak pakaian sukan yang selesa ye tuan dan puan..yang meresap peluh..dan kasut sukan yang selesa..x mahal xpe..janji selesa..cari kasut bundle pun xpe..janji bereh nk berlari.then, berlari la sepantas yg mungkin, dan biar sehabis tenaga..sb klu xsilap  lala, masa tu die ambik 30 -50 terawal je kot..klu rasa diri tu yang paling last tu, tambahkan speed..Buat sehabis daya la dik, bukan kne marathon hari-hari, time interview ni je....klu letih nk pengsan tu, ingatkan diri supaya x give up..bkn senang kan nk dapat iv cmtu kan..hihi

ok, lepas berlari tu, mmg nk pengsan gila babas la...Allah saje yang tahu..tp yg best, berlari tu blehla nampak pantai sepanjang jalan..tp jgn harap nk ambik2 angin, tgh fokus nk paling pantas dan paling terawal la...haha..dan alhamdulillah,blehla kot lala org yg belas2 awal..kikiki...masa lari ni, lelaki dilepaskan dulu..lepastu, baru wanita..xcamour ye..yela, kudrat lelaki n gigirls kan laen..huhu

ok, abih part berlari, kami balik mkn n mandi n bersiap, sb mlm tu, kne masuk kumpulan yang dieorang bagi. untuk perbincangan dalam bahasa inggeris. die adela bg isu ngn cerita, and we should discuss in english.CAUTION, jangan nk ckp sorang je, cuba korang buat sembang ngn kawan2 untuk bincangkan isu yang di beri..jangan nk control sorang2 ye, sb mungkin die nk tgk care korang communicate to each other..yeehaaaa...cakap, jangan buat senyap je...walaupun english korang x ok..bantai je..janji mulut tu bunyi.kate interview kan...do your best lala..xpayah nk gerun ke takut sangat..its just interview..bkn nk kne dakwa kt mahkamah kan...

ok, then Hari kedua, PUBLIC SPEAKING TIME..dan boleh di katakan feberet lala la bab2 ckp2 ni..haha..ade 2 jenis public speaking time ni..sekarang punye lala xtau la..tp mase lala dulu, bahasa melayu punye pengucapan awam, die bg tajuk.so bleh prepare la point siap2...then untuk public speaking ENGLISH punyer, ble die panggil nama kite kt depan dlm 50 orang, die bagi kita kotak, lepas tu, kita masukkan tangan kita, gaul2 kan kertas yang diletak dalam tu.ambik satu kertas tu. lepas tu, cakap la selama 10 minit.jangan korang senyap je..tibai la ape2 yang berkaitan. tajuk mase tu berkaitan dengan isu negara. So, korang kne banyak info la untuk mencincau pengucapan korang.

Selepas habis pengucapan awam tu, maka berakhir la temuduga Peringkat Kedua. Maka, pack la semua barang2 untuk balik rumah.yeayyyy..letih xpayah cakap la..tp seronok sebab jumpa ramai yang xkenal boleh jadi kwn, dan pengalaman yang berharga.pada masa tu, dieorang ckp nk pakai org dalam 10 orang je..yang pergi temuduga saringan kedua tu plak dalam 100 org..hahaha..pk2 la..

Sampai sni dulu..nnt lala update lagi.. klu ade nk tny pape, korang email je kt sni, dillasukri@yahoo.com, insyaAllah lala akn cuba jawab.. klu komen, takut x tertengok plak komen korang..
Babai..assalamualaikum