Monday 15 October 2018

BERJAYA KE TEMUDUGA KETIGA (3) PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU -THROWBACK

Assalamualaikum, berdasarkan entri lala yang lepas di
http://disasucorner.blogspot.com/2018/10/temuduga-pegawai-tadbir-negeri-n41.html 
selepas setahun lala menghadiri temuduga panggilan kedua bg jawatan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu PTN 41, lala mendapat email yang mengatakan lala lulus temuduga yang telah di jalankan pada tahun 2012..Mak aiiii, setahun lebih dh berlalu, baru diberitahu mengenai keputusan tersebut.memang ingat xkan dapat la.tuppp...tuppp..dapat untuk panggilan interview ke tiga, di mana temuduga antara kita dan pegawai atasan.

Dapat result tu pada tahun 2013, di mana lala baru sahaja bernikah. Excited kot tgk list nama yang berjaya ke interview terakhir, iaitu seramai 30 org sahaja yang di berjaya ke peringkat ke-3. Alhamdulillah..TAPI.....ade tapi..dan unfortunately, masa tu,lala sedang menyambung pelajaran di peringkat Master, dan suami pula bekerja di Kuala Lumpur. Masa interview dulu, single mingle, tapi selepas dpt result iv tu, dh berkahwin. Of course la lala nk pergi iv tu..ingt senang ke bila kte dh capai ke tahap tu kan...TAPI, banyak hati yang perlu di jaga..

Selepas fikir masak-masak, dan walaupun berat hati nak lepaskan peluang yang ada di depan mata, lala buat keputusan untuk TIDAK menghadiri temuduga tersebut. ini kerana lala telah menetap di Kuala Lumpur dan dalam proses membina keluarga di sana. Pada masa itu, terfikir, mungkin Allah dh buat jalan hidup macamni. xpela, mungkin peluang yang lain akan kunjung tiba..

So, xdapatla lala nk share ngn korang, pengalaman temuduga saringan ketiga sebagai Pegawai Tadbir N41 negeri Terengganu. Well, its okay, because, lala berjaya dpt ijazah master yg di kejar-kejar dahulu..hihihi..Something better will come out soon, insyaAllah..


No comments:

Post a Comment