aaa...dalam dilema..tp nk x nk...lala kne puasa jugak...harap baby dalam perut ni memahami situasi ibunya..hihi...
Lala ade google pasal ibu berpuasa semasa hamil ni oleh DR.Zubaidi..sebagai persiapan untuk berpuasa..hihi
Untuk mengelakkan kekurangan tenaga dan nutrient yang sepatutnya digunakan oleh bayi di dalam rahem, ada beberapa tips yang boleh digunakan bagi persiapan berpuasa.
- Minumlah air yang banyak ketika bersahur dan berbuka (Iftar) bagi mengurangkan dehidrasi yang merbahaya pada bayi.
- Makanlah makanan yang memberikan tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacang ketika berbuka puasa. Makanan seperti ini akan memberikan tenaga berterusan walaupun beberapa jam telah berpuasa.
- Elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak, kerana apabila insulin dikeluarkan ia akan menyebabkan paras gula menjadi rendah, dan kita akan rasa mengantuk. Selain itu ia hanya memberikan tenaga yang cepat tetapi hanya sebentar saja.
- Makan makanan yang banyak protein – daging dan telur untuk pembesaran fizikal bayi.
Selain itu bagi wanita yang hamil, boleh mengikuti cara-cara berikut untuk mengelakkan keletihan ketika berpuasa untuk wanita hamil.
- Rancang jadual seharian agar dapat rehat secukupnya.
- Elakkan berjalan jauh atau membawa barang-barang berat.
- Elakkan terdedah pada cuaca yang panas kerana ini akan mempercepatkan dehidrasi.
- Kurangkan kerja-kerja rumah yang berat dan minta tolong suami untuk melakukannya.
- Elakkan membuang masa dengan memperbanyakkan bacaan al- Quran.
Kesimpulannya, seorang wanita hamil boleh berpuasa jika beliau mempunyai kekuatan dan tidak mengalami komplikasi kehamilan. Bagi wanita yang tiada kekuatan akibat penyakit yang sedia dihidapi semenjak sebelum berkahwin, dibenarkan berbuka dan harus menggantikannya.
Bagi wanita yang mempunyai komplikasi kehamilan yang mana dinasihatkan oleh doktor agar tidak berpuasa, boleh meninggalkan puasa dan menggantikannya (jika ia melibatkan diri wanita hamil saja) atau menggantikannya dan membayar fidyah (jika dikhuatiri bayinya mengalami kemmudharatan akibat berpuasa).
Harap misi Lala untuk ganti puasa ini dapat diteruskan..mohon pertolongan dari Allah sepenuhnya...InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment